Pupus di habitat liar di Malaysia Badak sumbu kerbau

Pada 21 Ogos 2015, dalam satu siri laporan penyelidikan yang diterbitkan di Oryx, Jurnal Pemuliharaan Antarabangsa. Sekumpulan saintis dari Universiti Copenhagen, Denmark telah menulis bahawa selain dua ekor badak sumbu Sumatera yang hidup dalam tangkapan pada tahun 2011 dan 2014, tiada lagi tanda-tanda yang menunjukkan bahawa haiwan ini masih hidup bebas di hutan belantara di Malaysia, walaupun usaha menjejaki kelibat haiwan ini sudah dijalankan bertahun-tahun, namun tiada rekod ia dijumpai.[8] Laporan penyelidikan ini telah disediakan dan ditelaah secara bersama oleh 11 orang pakar pemuliharaan.[9]

Seorang penyiasat dari Pusat Makroekologi, Evolusi dan Iklim, Universiti Copenhagen, Rasmus Gren Havmøller, berkata:

"Sehingga Jun 2015, tiada tanda-tanda bahawa spesies ini dijumpai di Sabah, ia selamat untuk mengatakan tidak lagi wujud spesies ini di habitat liar di Malaysia. Hanya terdapat tiga ekor badak sumbu Sumatera dalam kurungan di Malaysia, semuanya dalam hutan di negeri Sabah. Kali terakhir dijumpai spesies ini di Semenanjung Malaysia adalah pada tahun 2007."[10]

Beliau menambah, "Kini semuanya bergantung kepada kurang daripada 100 ekor haiwan ini wujud di Sumatera dan Kalimantan, terdapat 9 ekor haiwan ini yang masih hidup dalam kurungan di Indonesia, Malaysia dan Amerika Syarikat. Adalah penting untuk menjaga kelangsungan hidup spesies ini supaya dapat ditonton oleh masyarakat terluas, beerti satu program bersepadu perlu dijalankan melepasi sempadan negara dan antarabangsa untuk memaksimumkan keseluruhan kadar kelahiran spesies ini, termasuk juga yang kini masih tinggal dalam kurungan. Zon pengurusan intensif adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan spesies ini." [11]

Beberapa dekat kebelakangan ini, usaha pemuliharaan mencapai kegagalan kerana penurunan drastik spesies ini, kemuncaknya hilang 50 peratus atau lebih populasi sedekat sejak tahun 1990. [12]

Havmoller menambah spesies ini perlu diselamatkan dari menjadi mangsa pemburuan haram yang hanya menginginkan sumbu badak sahaja. [13]

Penulis dan koordinator Strategi Tindakan Gajah dan Badak WWF Asia, Christy Williams, menyatakan, satu usaha telah dijalankan di india bagi menyelamatkan harimau dari kepupusan dengan pertolongan Perdana Menteri India, Mahatma Gandhi, dengan melancarkan projek harimau. Presiden Indonesia, Joko Widodo juga telah mengadakan program intervansi bagi membantu mengembalikan badak sumbu Sumatera pada kadar kawalan.[14]

Dr Payne, salah seorang dari 11 orang penulis laporan, kini sedang bekerja bersama Kerjaan Negeri Sabah, untuk membuatkan badak sumbu betina mengandung secara tiruan. Beliau menegaskan jika tiada sebarang embrio badak dapat dibuat (paling lewat) hingga pertengahan tahun 2017, kebarangkalian besar ia akan pupus terus di Sabah dan Malaysia.[15]

Rujukan

WikiPedia: Badak sumbu kerbau http://www.aroundcinci.com/broadband/icams/rhino http://www.rhinoresourcecenter.com http://www.rhinoresourcecenter.com/index.php?s=1&a... http://www.rhinoresourcecenter.com/species/sumatra... http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-... http://books.google.com.my/books?ei=kCvrUYbgO8eMrQ... http://books.google.com.my/books?id=cuI1AAAAMAAJ&q... http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/21/S... http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kmaklu... http://www.asianrhino.nl/English/Home